Suatu saat yang pasti….

Posted in Uncategorized on August 8, 2010 by syahirah

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah…
Alhamdulillah, diberi nikmat menghirup udara pinjamanNya.
Alhamdulillah, dengan nikmat kesihatan pemberianNya.
Alhamdulillah,  masih lagi mampu menatap wajah-wajah insan tercinta.
Alhamdulillah, diizinkanNya masih mampu menaip sesuatu diruangan blog.

Suatu peristiwa yang saya rasakan semua antara kita pasti sukar hendak menghadapinya. Suatu kehilangan…Saya juga melaluinya.

Siapa saja bakal melaluinya. Bakal melalui detik ditinggalkan dan juga detik meninggalkan. Bilakah masanya? tempat? bahkan bagaimana caranya?. Sudah pasti itu milik Allah saja yang tahu. Pemergian yang pasti takkan kembali lagi.

Pada awalm pagi saya dikejutkan dengan satu mesej ringkas dari sahabat sekolah dulu.. Salah seorang kenalan kami telah kembali kerahmatullah. Baru semalam saya mendapat mesej dari rakan-rakan agar mendoakan Allahyarham yang ketika itu koma di hospital. Segalanya tidak mustahil bagiNya…

“setiap yang bernyawa pasti merasakan mati”

Begitu juga di saat saya kehilangan sepupu saya sendiri yang selama ini saya memanggil ” kak ton”. Arwah juga meninggalkan kami semua ketika usia yang masih muda..arwah ketika itu b’umur 17 tahun….arwah menghidap barah tulang…Teringt kembali saat2 ketika bersama dgn arwah…km slalu main sama2 wktu kecil2 dulu…main masak2..Rasa terkilan, sbb saya x sempat b’sama arwah sewaktu arwah m’hembus nafas t’akhir krn arwah m’hembus nafas t’akhir di hospital sg.buluh..Saat jenazah dibawa pulang ke rumah, air mata tidak dapat ditahan kerna melihat adik2 arwah yg asyik memanggil2 nm arwah…ALFATIHAH….
Ini mungkin kali pertama saya lalui detik kehilangan insan yang terdekat. Namun, selepas ini?? Masih mampukah saya lalui? Atau saya yang bakal meninggalkan insan-insan tercinta? Segalanya Wallahu taala a’lam.

Dan,
Buat Allahyarham Muhammad Sharfuddin Ibni Hajat, Ramadhan yang lalu merupakan Ramadhan terakhir buatnya. -Al-fatihah-

Buat kita yang masih diberi nafas… Bila waktunya kita mengecapi Ramadhan terakhir?

“Allahuakhbar, kami rindukan Ramadhan. Semoga kami dapat mengecapi saat Ramadhan kali ini dengan penuh rasa keabdian padaMu. Peliharalah kami ya Allah. Malu bertemu denganMu dengan bekalan kami..Bimbang bekalan kami seumpama tin kosong ketika bertemuMu ya Allah…”

ReJuNeSaSi MiNdA mUsLiM

Posted in Uncategorized on November 6, 2009 by syahirah

Posted in Uncategorized on November 6, 2009 by syahirah

eDcOuStIc-MuHaSaBaH cInTa

Posted in Uncategorized on November 6, 2009 by syahirah


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

ma’al asdiqa’

Posted in Uncategorized on November 6, 2009 by syahirah

SoLaT dAn KiTa

Posted in Uncategorized on October 13, 2009 by syahirah

http://www.iluvislam.com
Aman Shah
Editor: arisHa27


Apabila solat itu sendiri tidak dapat menjadi pencegah maksiat kepada diri kita, maka benarlah Roh solat itu sendiri tidak dapat meresapi diri manusia yang mendirikan solat itu.

Seseorang muslim yang mengerjakan solat kebiasaannya menempuh tahap-tahap berikut :

1. Tahap ilmu:

Seorang muslim setelah mengetahui kewajipan solat, kemudian mempelajarinya dengan telilti melalui ilmu Fiqh iaitu syarat wajibnya, sahnya, rukun-rukunnya, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkannya dan sebagainya. Tetapi ilmu mengenainya tidak memadai sekiranya tidak disertai keyakinan dan amal.

Ertinya ilmu hendaklah diselaraskan dan diselarikan dengan hati, akal dan perbuatan kita dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Apabila Allah memerintahkan kita mendirikan solat dan memberitahu kita bahawa kejayaan itu terletak pada solat, maka akal kita tidak boleh ragu dan was-was. Akal mesti mengakuinya. Tetapi bila akal sudah yakin, itu belum cukup. Kita mesti pergi ke tahap yang kedua.

2. Tahap kedua: Menundukkan hati

Sekiranya akal kita sudah tahu secara keseluruhan tentang kepentingan solat tapi hati kita masih berat untuk mengerjakannya seolah-olah menganggap solat itu tidak penting. Sebab itu tahap kedua ini dinamakan tahap mujahadah. Iaitu bermujahadah supaya apa yang diselaraskan oleh akal dan ilmu itu juga diakui oleh hati.

Kalau hati sudah tunduk, tandanya apa yang kita buat terasa lazat. Kalau tidak rasa lazat, kalau rasa menderita sahaja, terasa berat untuk mengadap Allah, maka hendaklah bermujahadah bersungguh-sungguh sehinggalah sampai ke peringkat ketiga.

3. Tahap ketiga: Menjadi tabiat dan istiqamah

Maknanya solat itu sudah menjadi amalan dalam hidupnya secara istiqamah. Tidak perlu dipaksa-paksa lagi. Sebab itu di dalam Islam, para ibubapa hendaklah mengajar anak-anak solat seawal umur tujuh tahun lagi dan anak-anak tadi boleh dipukul ketika umur sepuluh tahun dan ke atas sekiranya mereka cuai dan meninggalkannya.

Tujuannya supaya solat itu menjadi tabiat dan kebiasaannya sehingga ke akhir hayat. Kemungkinan juga saudara/ri terasa berat untuk mengerjakan solat kerana tidak merasai kebesaran dan keindahan solat itu sendiri. Bila membicarakan soal solat ini, kita tidak boleh menganggap bahawa kita sedang surut ke belakang semula. Sebenarnya tidak, kerana solat adalah perkara yang penting.

Kalau hendak dilihat pada kepentingan solat adalah seperti berikut :

Solat merupakan tiang agama:

Jika iman diibaratkan akar tunjang bagi pokok, solat pula ialah batangnya. Kalau hendak mendirikan sebuah rumah, perlu ada tapak dan tiang-tiang serinya. Rumah tidak akan dapat dibangunkan kalau tidak ada tiang serinya. Begitulah Islam, tidak akan dapat dibangunkan jika solat tidak didirikan. Sebab itu dikatakan, solat adalah tiang agama.

Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama. Jadi, sekiranya kita memperumpamakan Islam itu sebagai rumah, maka Islam yang global itu umpama rumah yang serba lengkap. Mempunyai atap,tiang, dinding dan ada segalanya, maka tiang kepada Islam itu adalah solat.

Sekiranya kita hendak membina Islam yang syumul, solat merupakan perkara pertama yang harus kita perkemaskan. Segala kerja kita dalam apa-apa bidang sekalipun sekiranya solat tidak kemas dan dicuaikan, maka kerja-kerja kita itu tidak membuahkan hasil yang baik. Kita sibuk dengan kerja, peranan dan khidmat sedangkan waktu itu kita semakin cuai dengan solat. Ertinya kita tertipu dalam hidup.

Solat merupakan amalan yang mula-mula dihisab di akhirat:

Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

 

“Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi &ldots;..”
(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).


Mengandungi ikrar setiap hamba:

Di dalam solat ada ikrar yang dilakukan oleh setiap yang mengerjakannya kepada Allah SWT. Solat yang pertama adalah ikrar yang mula-mula sekali dibuat oleh hamba kepada Tuhannya. Solat yang kedua, ketiga dan seterusnya merupakan ikrar pembaharuan sahaja. Inilah kehebatan solat. Kerana sehari semalam ada 5 kali ikrar yang dibuat sebagai taat setia kepada Tuhan.

Ikrar itu jelas di dalam doa iftitah iaitu ketika mengucapkan :

 

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah Tuhan sekalian alam”


Menggambarkan amalan-amalan para malaikat:

Jumlah malaikat yang terlalu banyak itu beribadah kepada Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Ada yang asyik sujud, ada pula yang asyik rukuk dan lain-lain. Para malaikat ini kekal dengan satu-satu amalan itu dengan istiqamah. Yang takbir, takbir sahaja. Begitulah yang bertasbih, asyik bertasbih sahaja. Tetapi dalam solat, manusia telah melakukan berbagai-bagai amalan para malaikat. Di sinilah kehebatan manusia berbanding dengan malaikat. Amalan manusia walaupun tidak sebanyak para malaikat tetapi kepelbagaiannya mengatasi amalan malaikat.

Bermacam-macam bentuk ibadah:

Dilihat dari bacaannya sahaja, bacaan solat terdiri daripada pelbagai bentuk yang mengandungi zikir, selawat, ayat Quran, hadis dan lain-lain. Bacaan Fatihah, adalah ayat Quran. Bacaan tahayyat diambil daripada hadis. Dalam solat juga ada tasbih, tahmid dan doa.

Melibat seluruh anggota lahir dan batin:
Solat melibatkan banyak anggota lahir dan batin manusia. Rukun Qalbi, Qauli dan Fi’li telah melibatkan hati, akal dan anggota badan manusia. Rukun Qauli misalnya, melibatkan lidah dan akal. Lidah menyebutnya, akal memahaminya.

 

Allahu Akbar-Adab ketika mendengar azan

Posted in Uncategorized on October 13, 2009 by syahirah

http://www.iLuvislam.com
Dihantar Oleh: BulanRoh*
Editor: b_b

 

Allahu Akbar!! Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yang nazak hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa? Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratulmaut’.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
‘Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya’.

Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri dan jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan, banyak fadhilatnya. Jika lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takuti dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah ‘Lailahaillallah’; yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini dengan keyakinan yang tidak berbelah bahagi (bahawa tiada Tuhan selain Allah) ketika nyawanya dicabut Allah, dgn izinNya dijanjikan Syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

‘Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, dan lancarkan lidah kami mengucap kalimah ‘Lailahaillallah’ semasa sakaratulmaut menghampiri kami… Amin… Amin… Amin Yarobbala’lamin…’

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ini, Subhanallah! Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan, mengakui ‘bahawa Allah sahaja yang patut disembah, dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah’.

Kita awali dengan negara jiran Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya bersama jumlah penduduknya sebanyak 180 juta orang. Sebaik masuk waktu Subuh, azan mulai berkumandang di kawasan ini dengan ribuan bilal yang melaungkan ke-Agungan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1½ jam. Belum  lagi alunan azan merata Indonesia selesai, negara kita Malaysia akan menyambung mengumandangkan azan. Berikutnya di Burma dan dalam waktu satu jam selepas azan dialunkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya alunanan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India. Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit, jadi dalam jangka waktu ini azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscow. Perbezaan waktu antara Muscow dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka waktu ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9½ jam. Belum pun azan Subuh berkumandang di pantai timur Atlantik, azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus. Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, akan bergetar satu dunia dengan alunan azan yang tidak putus-putus. Allahu Akbar!

PaNdUaN kHuSyUk DaLaM sOlAt

Posted in Uncategorized on October 13, 2009 by syahirah

http://www.iluvislam.com
Kiriman: abraxas248*
Editor : b_b

 

Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang

  1. Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran
  2. Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud
  3. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita
  4. Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang
  5. Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin
  6. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang
  7. Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih
  8. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut
  9. Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir
  10. Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu
  11. Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat
  12. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu
  13. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya
  14. Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya
  15. Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih



Islamic Widget

Posted in Uncategorized on October 13, 2009 by syahirah

Islamic Calendar

Posted in Uncategorized on October 13, 2009 by syahirah